Jangan mudah terpedaya dengan kenyataan memperburukan kerajaan negeri 0 5802

MIRI: Masyarakat setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan dakwaan liar pihak luar yang sengaja melemparkan fitnah bagi memperburukkan Kerajaan Sarawak.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, pihak luar sentiasa berusaha menabur pelbagai fitnah agar dapat memusnahkan kesejahteraan dan keharmonian yang dimiliki rakyat di negeri ini.

“Rakyat Sarawak tidak harus diperbodohkan dengan kenyataan orang luar yang sebenarnya tidak memahami suasana ekonomi, politik dan budaya negeri ini,” katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Serbaguna Kampung Pujut Tanjung Batu Miri.

Beliau menambah, hanya anak jati Sarawak sahaja yang betul-betul memahami keadaan dan keperluan rakyat negeri ini.

Tegas Lee, kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini kononnya Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun sebenarnya tidak masuk akal langsung dan sekadar untuk meracuni pemikiran rakyat Sarawak.

“Rakyat Sarawak bukan mudah diperbodohkan lebih-lebih lagi dengan kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng. Status kewangan harus berpandukan kepada hasil dan bukannya simpanan,” katanya. -Unit Komunikasi Awam Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news