Polis nafi dakwaan judi dalam talian berleluasa di Sibu 0 6093

SIBU: Polis menafikan dakwaan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng di Dewan Rakyat bahawa kegiatan perjudian dalam talian berleluasa di Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit berkata dakwaan wakil rakyat bahawa mesin kuda masih wujud di Sibu adalah tidak benar.

“Saya menafikan dakwaan tersebut kerana mesin kuda sudah tidak wujud lagi di Sibu malah berdasarkan statistik Sarawak, Sibu menunjukkan ‘success’ (kadar kejayaan) paling tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa malam.

Berdasarkan statistik polis Sarawak terhadap serbuan dan tangkapan Loteri Awam 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sejak Januari hingga Jun 2019, katanya, Sibu merupakan daerah yang paling aktif dan berjaya mengekang kes perjudian.

Katanya, pihaknya telah menjalankan usaha pembanterasan aktiviti perjudian secara berterusan di mana sebanyak 111 serbuan dilakukan dalam tempoh itu, berbanding 66 serbuan pada 2018.

Daripada jumlah serbuan itu, sebanyak 120 orang berjaya ditangkap, berbanding 52 orang dalam tempoh sama tahun lepas.

Katanya, polis juga telah berjaya merampas wang meja berjumlah RM46,254 dalam serbuan yang dilakukan, berbanding RM9,064 dalam tempoh sama tahun lepas.

Mengenai dakwaan Alice bahawa terdapat kemungkinan besar pegawai polis berpakat dengan sindiket perjudian di Sibu, Stanley menyeru beliau untuk menyalurkan maklumat kepada polis agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pegawai dan anggota saya jika mereka terlibat dengan sindiket ini, jika ada,” tegas beliau.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PDRM akan terus melakukan tindakan penguatkuasaan untuk membanteras sindiket perjudian tidak berlesen.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Lanang mengenai dakwaan polis berpakat dengan sindiket perjudian di Sibu, Muhyiddin berkata jika dakwaan itu benar, ia adalah sesuatu yang serius.

“Saya sendiri tidak akan mengizinkan hal itu berlaku. Kita tidak akan melindungi mereka dan tindakan tegas bakal diambil kepada sesiapa terbabit sekiranya ada bukti yang benar,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news