Polis tangkap lelaki kerana memiliki syabu di Matang 0 6439

Kuching: Seorang lelaki ditangkap polis kerana memiliki ketulan syabu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Selang laut sekitar jam 4.30 petang semalam.

Menurut info awal pihak polis telah menyerbu rumah tersebut dan menangkap lelaki yang berusia 25 tahun dan polis tekah menemui Ketulan Syabu seberat kasar 15.03 gram.

Hasil ujian saringan awal mendapati saspek didapati positif dadah jenis Tetrahydoconnabinol ( THC ).

Setakat ini Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak lebih daripada 5 tahun dan juga akan dikenakan hukuman sebat, tidak kurang 3 sebatan jika disabitkan kesalah. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news