Kuching: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh pokok dalam satu kemalangan kendiri berdekatan lampu isyarat di Jalan Bandar Baru Samariang sekitar jam 4.59 pagi tadi.
Menurut info awal mangsa tersepit pada tempat pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Setelah diperiksa pasukan EMRS Bomba,mangsa yang parah disahkan telah meninggal dunia.
Setakat ini mangsa yang dikenali sebagai Reven anak Baseng, 25 Tahun berjaya dikeluarkan dan mayat telah dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak