Ditemui selamat selepas dua minggu hilang 0 5989

SARIKEI: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Ulu Pakan, di sini dua minggu lalu ditemui dalam keadaan selamat tengah hari tadi.

Kehilangan Bunjai Sigang, 53, disedari ahli keluarganya pada 11 Julai lalu selepas mangsa didapati tidak kembali ke rumah selepas keluar seorang diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, berkata mangsa ditemui penduduk kampung yang kebetulan dalam perjalanan ke kebun lada berhampiran Rumah Christina Kasun, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Ketika itu, keadaannya amat lemah, terbaring dan sempat meminta makanan kerana kelaparan dan penemuan itu dimaklumkan kepada pihak bomba,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Nicholas berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Pakan untuk rawatan susulan.

“Keadaannya kini kembali stabil dan difahamkan mangsa bertahan hidup dengan hanya minum air sungai selama dua minggu,” katanya.

Kehilangan mangsa yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental dan gout itu dibuat oleh keluarganya di Balai Polis Julau sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.55 pagi 11 Julai lalu sebelum gerakan SAR diaktifkan. Kali terakhir mangsa dilihat keluar rumah hanya berseluar pendek dan tidak berbaju.

“Gerakan SAR bagaimanapun terpaksa dihentikan pada 19 Julai lalu, selepas mangsa gagal dikesan,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news