Sahran wira Kuching FA jinakkan JBFA 0 5927

KUCHING: Tandukan kencang bek berpengalaman, Sahran Abdul Samad memastikan Kuching FA melakar kemenangan ke-13 dalam kempen Liga M3 dengan menewaskan Johor Bahru FA (JBFA), 1-0 di Stadium Kompleks Sukan Educity hari ini.

Pemain yang baru menamatkan zaman bujangnya pada Ahad lepas menanduk masuk bola hantaran Yuta Suzuki pada minit ke-90 untuk gol kemenangan Kuching FA sekali gus membolehkan pasukan itu tersenyum membawa pulang tiga mata penuh.

Kedua-dua pasukan bermula baik pada separuh masa pertama dengan memperolehi beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun dihampakan penyudah yang kurang berkesan.

“Tahniah, kita berjaya meraih tiga lagi mata penuh walaupun terpaksa bekerja keras.

“Kemenangan ini bukan senang kerana pasukan lawan tidak memberi laluan mudah dan sering mengancam kubu kita.

“Namun, kredit saya berikan kepada barisan pemain yang berjaya mengekalkan fokus sepanjang permainan menyekat asakan lawan dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol,” kata Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong ketika dihubungi selepas perlawanan tamat.

Kemenangan itu meletakkan Kuching FA terus kekal di puncak Liga M3 dengan mengumpul 41 mata.

Lebih gah, pasukan itu juga belum mencatat sebarang kekalahan ketika ini.

Lawan Kuching FA seterusnya Batu Dua FC pada 17 Ogos di Stadium Sarawak, Petra Jaya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news