Lelaki suka raba payudara wanita dicekup 0 7820

KAMPUNG GAJAH: Seorang lelaki yang mempunyai perangai pelik menunggang motosikal untuk mencabul kehormatan wanita di beberapa lokasi di sekitar kawasan di sini sejak beberapa minggu lalu, akhirnya berjaya ditahan.

Modus operandi suspek yang berusia 33 tahun dan masih bujang itu ialah mencari wanita yang berjalan seorang diri lantas mendekatinya dan meraba payudara mangsa sebelum memecut laju motosikalnya.

Suspek ditahan pada jam 10.30 malam di rumahnya di Seberang Perak, di sini, pada 12 Ogos lalu, selepas dipercayai mencabul kehormatan beberapa wanita berusia antara 18 hingga 42 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 18 tahun mendakwa dicabul oleh seorang lelaki menaiki motosikal pada 6 Ogos lalu.

Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kolej Komuniti Pasir Salak Felcra Changkat Lada menghala ke Kampung Sungai Timah melalui Jalan Felcra Changkat Lada–Ulu Dedap.

“Sebaik tiba di jalan berhampiran Jalan Kelisa 1, Seberang Perak, seorang lelaki menaiki motosikal jenis Lagenda berwarna merah datang arah belakang dan terus meraba bahagian kanan payudara mangsa sebelum memecut laju,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata, siasatan lanjut mendapati beberapa siri kejadian sama dipercayai dilakukan lelaki serupa membabitkan beberapa wanita di sepanjang jalan di kawasan Felda Changkat Lada–Seberang Perak.

“Risikan polis mendapati sehingga kini seramai enam saksi wanita turut mengalami nasib sama namun tidak membuat laporan polis berikutan malu dan trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya menahan suspek dan dia direman selama seminggu sejak 12 Ogos hingga semalam untuk tindakan lanjut.

Katanya, kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan pendakwaan dilakukan di Mahkamah Sesyen Ipoh serta Mahkamah Majistret Parit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15232

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news