Jabatan Hutan Sarawak rampas kayu batak, lori di Tondong 0 5924

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak merampas 149 batang kayu batak yang dianggarkan bernilai RM18,000 pada Ahad.

Turut dirampas sebuah lori yang membawa kayu batak berkenaan, empat unit anak kunci dan dua keping kanvas sebagai barang kes.

Menurut jurucakap Jabatan, anggota penguatkuasa dari Pejabat Hutan Wilayah Kuching telah menahan sebuah lori sarat dengan muatan kayu batak di simpang Tondong, Jalan Bau-Kuching kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Kita menahan dan memeriksa sebuah lori yang membawa muatan batang kayu batak dan mendapati pemandu lori gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan kayu batak dibawanya.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut membawa 149 batang kayu batak pelbagai saiz tanpa sebarang tanda Jabatan Hutan Sarawak,”katanya.

Beliau memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 95 (1) Ordinan Hutan Sarawak 2015.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news