Lelaki disyaki rogol gadis berusia 14 tahun , ditangkap polis di Samariang 0 5876

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 14 tahun yang baharu dikenalinya lima bulan lalu.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada Khamis lepas dan mendakwa kejadian berlaku pada 13 Ogos lalu di sebuah hotel bajet di Padungan.

Menurutnya, laporan tersebut membawa kepada penangkapan suspek berusia 20 tahun di sebuah rumah di Kampung Semariang, Petra Jaya di sini petang semalam.

“Mangsa baharu mengenali suspek sejak lima bulan lalu melalui aplikasi WhatsApp dan mangsa mendakwa dia dirogol sebanyak lima kali oleh suspek, di mana kejadian berlaku di sebuah hotel bajet pada 13 Ogos lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, suspek ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan,” kata Ng.

Selain itu, Ng menasihati ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka.“Ibu bapa hendaklah mengawasi tingkah laku dan kenal pasti cara pergaulan anak-anak bawah umur agar tidak menjadi mangsa rogol dan mengamal cara hidup harmoni dalam masyarakat,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news