Jangan Kaitkan Perpecahan Kaum Di Semenanjung Dengan Perpaduan Di Sarawak – Abang Johari 0 5909

BINTULU: “Jika di sana berpecah, cukuplah, jangan pecahkan kami di Sarawak”, demikian tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg yang sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) oleh Kerajaan Persekutuan yang boleh mengganggu gugat perpaduan yang sedia ada kukuh di Sarawak.

Situasi perpecahan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia tidak perlu dikaitkan dengan Sarawak. Ujar beliau, perpecahan yang menimbulkan keadaan huru-hara di Semenanjung Malaysia ini boleh digambarkan dengan lima parti berbeza yang terdapat di sana. Antaranya, BERSATU, AMANAH, PAS, UMNO dan PKR.

Sebaliknya di Sarawak, perpecahan kaum ini tidak pernah menjadi satu isu, bahkan masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera di negeri ini sentiasa bergabung dan bekerjasama antara satu sama lain dalam membangunkan dan mempertahankan hak Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya semasa Majlis Perasmian Projek Rakyat Membina Jalan Baru Tatau Ke Kuala Tatau Dan Menaik Taraf Jalan Kelebu Ke Rumah Ado, Tatau di Bintulu, pagi tadi.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Baru Bian menegaskan Kerajaan Persekutuan tetap akan melantik MPKK meskipun ditentang oleh Kerajaan Sarawak. Menurut Baru Bian, MPKK adalah berbeza dengan konsep ketua kaum dan tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata Kerajan Negeri telah mengemukakan formula baharu kepada Kerajaan Persekutuan bagi menggantikan bayaran royalti 20 peratus terhadap minyak dan gas yang digali di Sarawak. Justeru, Kerajaan Sarawak tidak akan menyerah kalah untuk mendapatkan dana daripada minyak dan gas, seiring dengan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam perlembagaan. – Tvsarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13136

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12508

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news