Usah gambarkan PBB sebagai parti dominan dalam GPS – Pemuda PBB 0 5626

KUCHING: Tidak ada parti dominan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman yang berkata demikian menambah, keputusan yang dicapai dalam GPS juga tidak semestinya dipengaruhi sebuah parti semata-mata.

“Usahlah menggambarkan bahawa PBB adalah sebuah parti yang dominan dalam GPS dan mempengaruhi segala keputusan,” katanya.

Kenyataan media beliau jelas merujuk kepada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing yang menyatakan terpulang kepada PBB dalam mengamalkan konsep kesamarataan di kalangan empat parti dalam GPS.

Sebuah portal berita semalam menulis tajuk berita “Equality in GPS: The ball is inPBB’s court, says Masing” – atau dalam bahasa Malaysia, “Kesamarataan dalam GPS: Terletak di tangan PBB”.

Masing mengulas mengenai 10 perkara bagi pembentukan GPS yang diusulkan menerusi mesyuarat SUPP pada hujung minggu lepas.

Perkara itu termasuk, pemilihan jawatan Timbalan Ketua Menteri, yang perlu dicalonkan daripada tiga lagi parti dalam GPS, selain parti memegang jawatan Ketua Menteri.

Malah, SUPP mencadangkan agar sesebuah parti tidak wajar bertanding lebih 49 peratus daripada 82 kerusi pilihan raya negeri.GPS yang belum dilancarkan dianggotai PBB, PRS, PDP dan SUPP.

Fazzrudin berkata lagi, penubuhan GPS telah dibincang bersama pimpinan tertinggi empat parti.Perlembagaan, struktur dan pendekatan GPS dibincangkan dan dipersetujui bersama keempat-empat pimpinan parti tersebut dalam semangat kekeluargaan.

Menurutnya, apa-apa perkembangan atau cadangan terbaru harus dibawa semula ke meja perbincangan. “Lagipun mereka yang berada dalam pucuk pimpinan, termasuk Tan Sri James Masing dan Datuk Dr Sim Kui Hian, yang menentukan keputusan dalam mesyuarat.

“Komposisi korum perbincangan pimpinan tertinggi GPS adalah rata di kalangan parti-parti tanpa memberi kelebihan kepada PBB,” jelasnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai gabungan baru iti, beliau berkata generasi muda mengharapkan GPS akan mampu membawa kelainan dan pembaharuan dalam lanskap politik negeri Sarawak dengan menekankan kepada kesejahteraan, perjuangan dan pembangunan yang significant dan dekat di hati rakyat.

Antara perjuangan ketara GPS adalah untuk memastikan hak Negeri Sarawak dikembalikan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 terutama berkaitan industri minyak dan gas dalam konteks Perlembagaan Malaysia.

“Dengan pengembalian hak kita ini maka kita mampu untuk memperluaskan lagi khidmat terus kita kepada masyarakat dan mensejahterakan kebajikan rakyat Sarawak.

“Antara objektif penubuhan GPS adalah kearah perkara ini,” katanya.Apa yang perlu dilakukan GPS sekarang ialah membuktikan perjuangannya adalahberteraskan kesejahteraan rakyat dan berusaha memperolehi sokongan rakyat, bukannya mengambil langkah populis demi meraih sokongan dalam parti.

“Apa yang lebih penting adalah untuk melaksanakan penambahbaikan polisi atau pembaharuan yang di bawa GPS, kita harus pastikan rakyat menyokong kita dan memberi kemenangan di setiap kerusi yang kita pertandingkan.

“Bukannya memastikan pembahagian kerusi yang sama rata, semata-mata hanya untuk bertanding tetapi peluang untuk menang sangatlah tipis.

“Kalau kita tidak mendapat sokongan dari rakyat, apa pun dicadangkan untuk GPS tidak akan dapat kita laksanakan,” tegasnya.-Utusan  Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news