Dekoder TV digital percuma untuk B40 0 6016

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan lebih ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 menerima set dekoder siaran televisyen digital MyFreeView secara percuma.

Perbincangan masih dilakukan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan syarikat pengedar dekoder terbabit, selain mengumpul maklumat bagi menentukan hanya individu layak menerimanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengakui pihaknya menerima aduan ada yang terpaksa membeli dekoder berkenaan.

“Proses penelitian penerima yang layak ini dilakukan di seluruh negara dan membabitkan pelbagai masalah, maka prosesnya mengambil masa panjang.

“Namun kami komited menyelesaikannya, termasuk berusaha memastikan golongan terbabit menerima manfaat selepas peralihan sistem analog ke digital,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin mengetahui tindakan kerajaan dalam memastikan lebih ramai golongan B40 menerima dekoder secara percuma.

Siaran televisyen tempatan termasuk TV1, TV2 dan TV3 kini beralih daripada teknologi analog kepada digital secara berperingkat yang dijangka siap hujung bulan ini.

Sehingga April lalu, sejumlah 1.6 juta unit dekoder percuma diedar kepada penerima yang layak, terutama penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Gobind memberi jaminan kementeriannya akan terus melakukan pemantauan terhadap tindakan penjualan dekoder tanpa lesen.

“Kami anggap (penjualan dekoder secara haram) tidak adil kepada syarikat yang melabur dengan kos tinggi bagi mendapatkan lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP),” katanya.

Sementara itu, kementerian terbabit dalam satu kenyataan, berkata dua juta dekoder percuma akan diagih kepada penerima yang layak dalam golongan B40.

Semakan kelayakan boleh dibuat menerusi portal rasmi MYTV Broadcasting http://www.mytvbroadcasting.my/b40/.

-Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news