Negara kaya punya daya beli tinggi, bukan upah – Dr M 0 5627

PUTRAJAYA: Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, walaupun gaji atau upah dinaikkan hingga 10 atau 25 peratus, namun ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan jika peningkatan itu disusuli dengan kenaikan kos sara hidup.

“Tiada makna jika gaji kita lebih tetapi daya beli kita sama dengan sebelum gaji kita dinaikkan,” katanya ketika berucap pada pehimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Mengambil contoh sebuah negara jiran, Dr Mahathir berkata walaupun negara tersebut mempunyai kadar gaji atau upah yang tinggi mengikut kadar mata wang mereka, namun negara tersebut bukanlah sebuah negara kaya.

“Tetapi apa guna kita jadi jutawan kalau daya beli kita hanya setakat di tepi jalan sahaja,” katanya.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata daya beli rakyat juga bergantung kepada produktiviti atau daya keluaran yang meningkat, seiring dengan pendapatan dan upah.

Katanya jika daya keluaran kurang atau masih pada tahap lama walaupun gaji meningkat, kos sara hidup akan terus meningkat kerana barangan lama yang dahulunya murah akan menjadi mahal akibat dihasilkan oleh pekerja bergaji tinggi.

“Kos produksi akan meningkat dan kos sara hidup akan meningkat. Walaupun gaji meningkat hingga 25 peratus tetapi daya beli kita tidak meningkat 25 peratus.

“Dengan itu, kita sekali lagi memohon supaya ditambah gaji dan upah tetapi kalau (gaji) ditambah tanpa daya keluaran meningkat, jumlah wang yang kita dapat tidak akan mempunyai apa-apa makna sekali pun,” katanya.

Justeru, katanya nilai hidup mulia perlu diterapkan dalam diri setiap rakyat terutamanya generasi muda, supaya Malaysia dikenali sebagai negara yang bekerja kuat, tidak mungkir janji atau tidak meminta upah lebih, sebaliknya menumpukan kepada daya keluaran yang tinggi.

“Jika pemerintahan kerajaan dapat memiliki kualiti terbaik dan kerja kita menghasilkan pentadbiran terbaik dalam dunia ini, maka percayalah walaupun kita terpaksa berdiri dalam panas dan mendengar syarahan berleter daripada Perdana Menteri tetapi hasilnya mungkin baik juga,” katanya secara berseloroh.

Mengakui dirinya sudah berusia dan tidak boleh bekerja dalam tempoh lama, Dr Mahathir berkata beliau berharap dapat menyemaikan nilai hidup mulia kepada penjawat awam yang akan menjayakan negara supaya sekali lagi dihormati sebagai β€˜Harimau Dunia’.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15232

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news