FLORIDA: Wanita, Esperanza Gomez, 33, sedang minum arak bersama kekasihnya di Pantai Miami, Florida sehingga 3 pagi, 13 November lepas.
Ketika itu ada seorang wanita lain yang datang di situ. Gomez cemburu, lalu marah dan menuduh kekasihnya mahu menggoda dan meniduri perempuan tersebut.
Memetik Daily Mail pada Jumaat, kerana cemburu, Gomez menggigit kemaluan kekasihnya dan mengancamnya dengan pisau.
Laporan polis menyebut turut terdapat tanda merah pada dada lelaki tersebut.
Gomez ditangkap dan didakwa melakukan serangan dengan senjata berbahaya dan dia didenda AS$6,500 (RM27,000). – Szrawakvoice