Taja Persatuan Bola Sepak Israel, Jenama Puma Diboikot 20 Buah Negara 0 560

Pengeluar barangan sukan global, Puma baru-baru ini telah melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa apabila mengumumkan bahawa jenama tersebut akan menjadi penaja utama kepada Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) serta enam buah kelab bola sepak di sana.

Umum sedia maklum, Israel telah membentuk ‘negara’ mereka dengan kaedah merampas dan melakukan keganasan pada tanah Palestin sehingga menyebabkan beribu-ribu kematian dalam penduduk Palestin sejak berpuluh tahun lalu.

Berikutan dengan itu, hampir 20 buah negara termasuklah Amerika Syarikat dan Britain telah mlancarkan kempen memprotes perkara tersebut. Ini turut dilakukan oleh kumpulan aktivis di hadapan pejabat, kedai serta majlis yang ditaja oleh Puma.

Kempen Boikot Puma Taja Persatuan Bola Sepak Israel 1

Walaupun memasarkan jenama mereka sebagai sebuah perniagaan yang menjaga kesamarataan, perbuatan menaja IFA adalah bertentangan dengan itu. Dengan slogan #BoycottPuma, lebih daripada 200 kelab sukan di Palestin telah mendesak Puma agar menghentikan tajaan mereka.

Di laman media sosial Twitter, tanda pagar #BoycottPuma telah menular sehinggakan gerabak kereta api di London turut memuat naik poster memboikot jenama tersebut namun telah menurunkannya kembali atas sebab-sebab tertentu. – Odisi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Abigail harumkan nama negara pada kejohanan gusti lengan di Poland 0 532

KUCHING: Atlet gusti lengan dari Sarawak, Abigail Kee meraih dua pingat perak pada Kejohanan Gusti Lengan Dunia Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA) 2019 di Poland.

Pingat pertama diperolehinya menerusi kategori sub-junior (70kg ke atas kiri) pada Khamis, manakala seterusnya menerusi kategori lengan kanan pada Jumaat.

Abigail, 15, berkata beliau bangga dan gembira dengan pencapaiannya di peringkat antarabangsa dan merasakan usahanya selama ini berbaloi.

Beliau tewas kepada Sunnea Stromberg dari Sweden.

“Walaupun perit, tetapi gembira atas kemenangan mengatasi segalanya, ini lebih bermakna,” katanya dalam satu kenyataan.

Abigail turut membawa bendera Sarawak ke Kejohanan Gusti Lengan IFA 2019 di Poland.
Beliau amat berterima kasih kepada Majlis Sukan Sarawak dan semua pihak kerana menyokong usaha dan memberi dorongan kepadanya selama ini.

Tunjuk ajar jurulatih juga dihargainya sehingga mampu mengorak kejayaan di peringkat antarabangsa. – Utusan Borneo Online

Spread the news

Ronaldo terima anugerah Pemain Terbaik Serie A 0 444

Ronaldo terpilih sebagai Pemain Terbaik Serie A musim lalu, beberapa jam sebelum Lionel Messi menerima anugerah Ballon d’Or buat kali keenam di Paris, pagi tadi.

Ronaldo mengelak hadir ke majlis anugerah Ballon d’Or, di Paris sebaliknya hadir ke majlis tahunan Grand Gala del Calcio di Milan untuk menerima pengiktirafan tertinggi buat Juve.

Dia menjaringkan 21 gol musim 2018-19 untuk membantu Bianconeri meraih gelaran Scudetto kali kelapan dan muisim ini sudah meledak enam gol dalam 11 penampilan meskipun berdepan kecederaan beberapa minggu kebelakangan ini.

“Ini detik sangat membanggakan dapat memenangi anugerah ini,” kata Ronaldo sejurus menerimnya yang sebelum ini dimenangi Mauro Icardi, 12 bulan lalu.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan di Juventus. Ini adalah tahun pertama saya di Serie A, liga yang sangat mencabar, saya sangat gembira. Terima kasih mengundi saya.

“Sekarang saya cuba mengulanginya untuk tahun depan.”

DARI kiri; pemain Atalanta, Josip Ilicic, penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan, Miralem Pjanic mempamerkan trofi yang dimenangi sebagai pemain tengah dan penyerang terbaik Serie A. – Foto AFP
Ronaldo kini bergelut dengan kecederaan lutut dan pernah naik angin apabila diketepikan ketika Juve melayan Lokomotiv Moscow dan Milan bulan lalu.

Bagaimanapun, Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici mengakui bintang antarabangsa Portugal itu – yang menduduki tangga ketiga terbaik Ballon d’Or di belakang Messi dan pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk – akan kekal di Turin selepas tamat kempen musim ini.

“Cakap-cakap (dia akan pindah) seperti ini membuatkan saya tersenyum kerana ia ada masalah lain sebenarnya.

“Tanpa diragui, dia akan kekal bersama Juventus musim depan,” kata Paratici kepada Sky Sport Italia. – Agensi

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link