Penjawat awam Sarawak terima bonus 18 Disember ini – Jaul 0 7272

KUCHING: Kakitangan awam Sarawak akan menerima bantuan khas kewangan bersamaan dua bulan gaji atau minimum RM2,000 pada 18 Disember ini sebelum perayaan Hari Krismas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion berkata, bonus itu akan dibayar pada hari sama penjawat awam negeri menerima gaji.

“Ia akan dibayar sebelum Krismas, 18 Disember, sama hari mereka (penjawat awam) terima gaji.

“Kita sedang bercakap tentang 16,000 penjawat awam negeri dari pelbagai kategori dari pengurusan hingga profesional dan pengurusan sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menangguhkan Karnival Kesihatan Perkhidmatan Awam Sarawak di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Jaul berkata, bantuan khas itu tidak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun kerana ia bergantung kepada prerogatif ahli-ahli lembaga masing-masing.

“PBT dan badan berkanun akan memutuskan perkara ini sendiri. Mereka boleh memilih untuk menerimanya, jadi mereka perlu membawa ia ke peringkat ahli lembaga mereka masing-masing.

“Sebab itu kita bercakap tentang penjawat awam negeri ‘dolok’ (terlebih dahulu). PBT dan badan berkanun boleh memutuskan sendiri.

“Mereka boleh membawa perkara ini untuk dipertimbangkan oleh ahli lembaga mereka dan ia terpulang kepada kemampuan mereka,” jelasnya.

Pada persidangan DUN 13 November lalu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan bantuan khas kewangan dua bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri.

Katannya, ia akan dibayar pada hujung tahun ini sebagai menghargai sumbangan mereka yang bekerja gigih.

“Kerajaan GPS amat prihatin dengan kebajikan kakitangan Perkhidmtan Awam Negeri Sarawak khususnya dalam menghadapi beban kewangan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news