Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun 0 8101

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya kerajaan menyemak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun sekali.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.

Katanya kajian Cuepacs menunjukkan seorang pekerja memerlukan pendapatan sebanyak RM2,640 sebulan manakala bagi yang berkeluarga pula RM4,200 untuk menampung kos sara hidup di Lembah Klang pada masa kini.

“Untuk simpan (duit) bagi tujuan pendidikan anak sudah tidak mencukupi. Kalau hantar anak ke nurseri bertambah tanggungannya. Oleh sebab itu, kerajaan perlu melihat pentingnya gaji penjawat awam disemak setiap lima tahun sekali dan ukur produktiviti mereka.

“Cuepacs harap kerajaan dapat menimbangkan kenaikan gaji kerana ia akan membantu penjawat awam yang ‘lemah’ pendapatannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Konvensyen Tritahunan Cuepacs ke-28 di sini, pada Selasa.

Berhubung konvensyen selama tiga hari bermula hari ini itu, Azih berkata pelbagai resolusi bakal dikemukakan antaranya berkaitan gaji, kos sara hidup, harga barangan, perumahan, pendidikan dan perubatan.

Katanya, kesemua aspek tersebut merupakan cabaran yang sedang dihadapi oleh penjawat awam masa kini.

— BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news