SEMUA ketua jabatan perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah perlu memastikan kehadiran pegawai ke pejabat hanya pada kadar maksimum 30% bagi memastikan perkhidmatan asas berterusan, mulai esok sehingga tamat penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata arahan kehadiran bertugas itu adalah terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services). – The Malaysia Inside