Bernama TV guna imej harimau mandi lega dapat air 0 5577

Bernama TV guna imej harimau mandi lega dapat air

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) TV memuat naik gambar seekor harimau sedang mandi dengan kapsyen “Yeay..Leganya ada air..” dalam ciapan Twitter pagi ini.

Info berkenaan sejumlah kawasan telah pulih daripada gangguan bekalan air itu walau bagaimanapun bukan satu yang melucukan bagi ramai penduduk Lembah Klang yang banyak kali terjejas akibat masalah tersebut.

“Penduduk Lembah Klang menarik nafas lega selepas 83% daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas LRA Sg Selangor Fasa 1,2,3 & Rantau Panjang akibat pencemaran, telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 6 pagi tadi,” ciap Twitter Bernama TV.

Kira-kira 1.2 juta pemegang akaun Air Selangor melibatkan 1,292 kawasan sekitar Lembah Klang iaitu di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas akibat kekerapan gangguan bekalan air mentah.

Masalah sama terus berulang akibat pencemaran sumber air sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus mengundang amarah penduduk terlibat.

Susulan ciapan Twitter berimej harimau itu, ada warganet yang pada awalnya menyangka ciapan itu daripada laman parodi, Bermana yang terkenal mengelirukan orang ramai dengan logo dan olahan ayat menyerupai agensi berita nasional, Bernama. – Malaysia Dateline

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13422

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news