DCCI, DCF pacu pembangunan Dayak 0 5472

DCCI, DCF pacu pembangunan Dayak

KUCHING: Pelancaran projek pembinaan bangunan baharu untuk Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) dan Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) adalah satu projek yang penting dalam pembangunan masyarakat Dayak di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Sarawak adalah kerajaan yang mempunyai dasar yang inklusif untuk semua masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini.

Katanya, projek pembinaan bangunan baharu DCCI dan DCF ini terletak di lokasi yang strategik.

“Saya adalah Ketua Menteri untuk semua kaum di Sarawak dan itulah sebabnya ketika saya dimaklumkan  bahawa masyarakat Dayak ingin membina sebuah bangunan yang dapat memelihara budaya mereka melalui DCF dan juga untuk turut serta dalam pembangunan ekonomi kita (melalui DCCI), saya memberi lampu hijau untuk menyetujui bangunan untuk dua organisasi ini.

“Saya nampak bahawa ini mencerminkan kita semua sedang bersama-sama membangunkan kaum masing-masing di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran tapak pembinaan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) dan Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching, Semalam.

Beliau berkata, di Sarawak terdapat tiga kumpulan utama iaitu Dayak, Melayu, Melanau dan Cina yang mana populasi komuniti ini lebih kurang sama.

“Oleh itu, kita harus mempunyai platform yang sama di antara kita kerana kita tahu tidak ada satu komuniti yang dapat memerintah negeri ini.

“Ini mesti menjadi tanggungjawab bersama semua kaum di negeri ini untuk membangun negara bersama. Ini adalah kerana kita tidak boleh pergi dari situ dan oleh itu, pendekatan inklusif harus ada.

Tambahnya lagi, beliau dan Datuk Amar Douglass Uggah Embas bersama dengan pemimpin Dayak di negeri ini perlu mempersiapkan masyarakat Dayak untuk mengambil bahagian dalam perubahan landskap ekonomi tanpa mengubah identiti budaya mereka.

“Saya menyeru agar pemimpin Dayak di negeri ini agar mengambil bahagian dalam perubahan landskap ekonomi ini tanpa mengira identiti budaya.

“Itulah sebabnya saya melihat seni bina bangunan baharu ini mempunyai dua menara. Satu  adalah untuk Dayak moden yang pada asasnya adalah untuk perniagaan dan perdagangan dan menara kedua adalah untuk usaha yang  berterusan di dalam melindungi kebudayaan Dayak.

“Dengan adanya platform seperti ini di kalangan masyarakat dayak, saya pasti masyarakat dayak akan maju dengan lebih pantas.” Katanya

Beliau menjelaskan bahawa, kerajaan telah mengambil  inisiatif  dalam memastikan pada tahun 2030 Sarawak harus menjadi negeri paling maju di Malaysia.

“Untuk itu, kita harus meningkatkan infrastruktur persekitaran yang mana ia merupakan infrastruktur yang paling asas perlu dibuat.

“Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk meningkatkan bakat . dan seterusnya kita harus menyedari apa yang berlaku di seluruh dunia kerana kita adalah sebahagian daripada agenda ekonomi global.

Oleh itu, agenda pembangunan ekonomi Sarawak seterusnya sehingga 2030 akan dikelilingi oleh teras agenda pembangunan iaitu ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar .

“Kita perlu melindungi persekitaran dan dengan itu kerajaan akan mempunyai dasar baru mengenai perhutanan.

“Terdapat beberapa kaedah baru telah dirancang bersama dengan ahli akademik dan juga orang yang profesional mengenai pendekatan baru ini untuk kita membangunkan sektor perhutanan.

“Dengan harapan negeri kita juga akan dapat memperoleh kredit karbon sekaligus akan menuju ke arah teknologi hijau dan itulah pendekatan kita di masa depan.”Ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menguruskan Pemegang Amanah Yayasan Kebudayaan Dayak, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Setiausaha Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Timbalan Speaker, Dato Gerawat Gala.

Oleh Jeakqleyn Yacho  – Utusan Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news