COVID-19: Pesakit terjun dari tingkat 8 0 6898

COVID-19: Pesakit terjun dari tingkat 8

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, 9.15 malam tadi.

Wanita warga tempatan berusia 63 tahun itu dikatakan terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif COVID-19.

Katanya, selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dibenarkan keluar dari HQE I, hari ini.

“Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut punca mangsa membunuh diri.

“Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenalpasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10668

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Petronas Dagangan catat untung bersih lebih rendah 0 12874

Petronas Dagangan catat untung bersih lebih rendah

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd merosot kepada RM212.66 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2020 daripada RM239.00 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan berkurangan kepada RM4.83 bilion berbanding RM7.80 bilion manakala pendapatan asas sesahamnya turun kepada 21.40 sen berbanding 24.10 sen.

Mengulas mengenai prestasi syarikat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Osman Rani berkata syarikat itu menjangkakan wujud sedikit impak kepada volum pada suku akan datang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.

“Memandangkan pandemik ini akan kekal menjadi cabaran yang berterusan, kami telah mempercepatkan kepelbagaian portfolio produk agar perniagaan terus bertahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Berita Harian

Spread the news