Polis cekup penganggur miliki dan edar dadah di Kampung Tupong Batu 0 5952

Kuching – Niat jahat seorang lelaki mengaut keuntungan ‘segera’ dengan mengedar dadah terbantut apabila penganggur berkenaan dicekup polis dalam satu serbuan di Kampung Tupong Batu di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abd. Latif berkata, pada mulanya suspek berusia 25 tahun itu diberkas di sebuah pasar raya pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku menyimpan dadah di rumahnya di kampung sebelum serbuan dilakukan dua jam selepas itu.

“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemui, satu ketulan mampat dedaun kering bersalut plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja seberat 105.00gram yang disembunyikan di bawah tilam.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai satu ketulan mampat dedaun kering bersalut plastik hitam dan plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja seberat 770.00gram yang turut disembunyikan di atas siling dapur kediaman berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sahar memberitahu, polis turut menemui lapan peket dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat 26.00gram yang disimpan di dalam satu beg silang di bilik tidur suspek.

Katanya, nilai dadah yang dirampas daripada suspek dianggarkan bernilai RM18,020.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak 2017.

“Ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis tetra hydrocannabinol (THC),” ujarnya.

Sahar menambah, suspek akan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.  – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news