KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2020, selepas ia dibaca kali kedua oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.
RUU Perbekalan Tambahan itu adalah bagi menampung perbelanjaan tambahan negeri berjumlah RM388.21 juta.
RUU itu disokong oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – Berita Harian