Bila PH mahu tunai janji untuk rakyat Sabah, Sarawak? – Anifah Aman 0 5651

Datuk Seri Anifah Aman

KUALA LUMPUR – Bilakah status Sabah dan Sarawak sebagai ‘rakan kongsi’ sama taraf dengan Malaysia akan dikembalikan seperti yang termaktub dalam manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

Itu pertanyaan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

Menurutnya,kerajaan PH yang sudah menang besar ketika ini telah menjanjikan pelbagai perkara bagi rakyat Sabah dan Sarawak.
“Sebagaimana yang kita sedia maklum khususnya bagi rakyat di Negeri Sabah dan Sarawak, bahawa pada masa ini, isu  mengenai Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 hangat diperkatakan. MA63 adalah dokumen dan dasar penting untuk orang Sabah dan Sarawak yang perlu dihormati dan dilaksanakan.

“Ini kerana MA63 merupakan satu perjanjian international treatyyang didaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diiktiraf di bawah Vienna Convention on the Law of Treaties 1969.

“MA63 sebagai satu perjanjian antarabangsa tidak boleh dipinda atau diubahsuai tanpa persetujuan semua pihak penandatangannya yang termasuk kerajaan British dan Singapura dan harus dilaksanakan dengan sepenuhnya mengikut surat, niat dan semangatnya.

“Ingin juga kami tahu apakah status dan langkah pelaksanaan yang sedang dilakukan oleh kerajaan PH, bila status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama taraf dengan Malaya (Malaysia) akan dikembalikan?,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah DiRaja di Dewan Rakyat semalam.

Anifah Aman turut bertanya bila kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pembayaran peruntukkan-peruntukkan kewangan  iaitu 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah selain import, eksais duti keatas produk petroleum dan 10 peratus duti eksport keatas minyak dan gas menggantikan royalti.

Tambah beliau, memandangkan sistem GST telah menggantikan SST bermula esok, adakah segala kutipan GST yang dipungut di Sabah harus dikembalikan kepada kerajaan Sabah.

“Saya juga ingin mendapatkan penjelasan bilakah kerajaan Persekutuan akan membayar balik segala kutipan GST yang dipungut di negeri Sabah?

“Saya juga mohon dipertimbangkan cadangan agar kerajaan baru ini boleh melakukan kajian terhadap Akta Pembangunan Petroluem 1974 Perintah Penyerahanhak yang ditandatangani oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada 27hb Mac 1975 yang menyerah hak minyak dan gas di Malaysia.

“Ini termasuk Sabah kepada Petronas dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan hakmilik minyak dan gas Sabah dan Sarawak kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak masing-masing dan kepada rakyat mereka,” ujarnya.

Beliau turut meminta PH untuk menunaikan setiap janji yang ditabur sebelum ini memandangkan rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan baru untuk melakukan perubahan yang membawa kebaikan kepada mereka. – Malaysia Gazette

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news