Kerajaan diminta selesai isu kewarganegaraan di Sarawak 0 5775

Kerajaan diminta segera menyelesaikan isu kewarganegaraan penduduk asli yang menjadi pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) dan Pemastautin Tetap (MyPR) di Sarawak.

Anggota Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkata hingga kini, terdapat lebih kurang 75,000 penduduk asli Sarawak yang memegang MyKas dan 3,000 pemegang MyPR di seluruh negeri.

“Ada antara mereka tinggal di pedalaman, tidak mempunyai akses untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara dan kurang kesedaran pada masa dahulu menyebabkan mereka lambat mendaftar sebagai warganegara.

“Jadi mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan sebagainya yang seterusnya menjadikan mereka stateless (tiada kerakyatan) atau pemegang MyKas dan MyPR,” katanya pada program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) malam tadi.

Beliau berkata di kawasan Puncak Borneo, 70 peratus daripadanya adalah pedalaman yang terjajar hingga sempadan Indonesia, yang mana keadaan itu menyukarkan penduduk untuk ke bandar bagi proses permohonan kewarganegaraan.

Sementara itu beliau juga mencadangkan kerajaan merekrut dan melatih penduduk tempatan Sarawak sebagai persediaan menjawat jawatan tinggi dalam jabatan dan agensi kerajaan, seiring dengan proses Borneonisasi yang termaktub menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

“Walaupun kita sudah bersedia untuk memberikan jawatan-jawatan tinggi di jabatan dan agensi kerajaan kepada penduduk tempatan tetapi sekiranya dari segi sumber manusia mereka tidak bersedia, ia boleh menjadi masalah,” katanya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news