Tiada arahan kementerian kesihatan tutup klinik 1Malaysia 0 5886

Kementerian Kesihatan menafikan mengeluarkan arahan supaya menutup klinik 1Malaysia seperti yang didakwa dan menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat rancangan untuk menutup beberapa klinik komuniti.

“Sehingga kini kementerian kesihatan, masih belum memuktamadkan atau memberi arahan penutupan klinik komuniti atau klinik 1Malaysia yang telah dikenal pasti.

β€œIni memandangkan proses kaji semula ini masih perlu dimurnikan sebelum dimuktamadkan oleh pengurusan tertinggi kementerian kesihatan,” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini terdapat satu kolaj makluman yang mendakwa beberapa klinik 1Malaysia di Selangor akan ditutup sama ada pada 16 Ogos atau 1 Sept menjadi tular.

Notis itu menasihatkan pesakit untuk ke klinik kesihatan kerajaan yang lain atau klinik berdekatan lain.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata klinik yang mungkin ditutup itu mesti memenuhi beberapa kriteria tertentu iaitu: jumlah kedatangan pesakit yang rendah, keberadaan fasiliti kesihatan lain yang berdekatan dan sewa atau kos operasi yang tinggi.

Beliau juga mengulangi dua rancangan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad untuk klinik 1Malaysia, yang akan dijenamakan semula sebagai klinik komuniti.

Langkah pertama ialah menaik taraf beberapa klinik komuniti kepada klinik kesihatan, yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rawatan yang lebih luas.

Kedua, menempatkan lebih banyak pegawai perubatan dan pegawai farmasi atau pembantu pegawai farmasi ke klinik komuniti.

Buat masa ini, terdapat 347 klinik 1Malaysia di seluruh negara. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news