Jangan lupa wasiat Tun Jugah 0 5878

Ungkapan Keramat – ‘anang Malaysia baka tebu, manis dipun tabar di hujung’ – bergema di segenap pelusuk Dataran Perayaan, Stadium Sarawak di Kuching pagi ini.

Bermaksud ‘Jangan Malaysia seperti tebu, manis di pangkal tawar di hujung’ cukup simbolik bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak Ke-55 hari ini.

Malah, ungkapan itu yang diungkapkan pemimpin Iban paling dihormati, Tun Temenggong Jugak Anak Barieng, 55 tahun lalu, amat signifikan dalam konteks politik dan lanskap pembangunan yang sudah berubah.
 
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang mengingatkan kembali ungkapan itu, di hadapan 4,000 ‘Anak Sarawak’ sebagai mengenang kembali kemerdekaan bumi bertuah ini, selain pengorbanan besarnya bagi membentuk Malaysia.

“Sarawak secara asasnya berpuas hati dengan janji pembentukan Malaysia yang sudah dilunaskan. Keselamatan Sarawak berdepan ancaman dari wilayah jiran dan ancaman dalaman berjaya diselesaikan dengan bantuan Malaya dan negara Commonwealth. Namun, dalam situasi sengaja atau tidak, hak Sarawak dihakis tanpa pengetahuan rakyat Sarawak sendiri.

“Sudah pasti keadaan ini membawa ketidak puas hati rakyat Sarawak keseluruhannya. Kita berpandangan penghakisan kuasa perlu dikembalikan semula kepada negeri ini menerusi rundingan kerana perasaan tidak berpuas hati rakyat Sarawak membabitkan hak negeri adalah tidak sihat dalam kehidupan kita bernegara,” katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news