Zahid beri tempoh setahun untuk kerajaan turunkan harga barang 0 5622

Kerajaan diberi masa sehingga setahun selepas 100 hari dari tempoh manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) sama ada harga barang dan kos sara hidup rakyat dapat diturunkan seperti janji mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Cabaran itu diberikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno- Bagan Datuk), yang berkata, tempoh setahun itu bermula pada 1 September iaitu selepas pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Saya mahu lihat penurunan pendapatan ini dan kononnya mahu dipindahkan untuk beri keuntungan dan kos sara hidup kepada rakyat.

“Kita tunggu sahajalah 1 September bila ia (SST) dilaksanakan dan kita beri tempoh 100 hari (tunai manifesto), selepas tu kita beri setahun. 

“Selepas 1 September adakah harga barangan dan kos sara hidup dapat dikurangkan dengan pengenalan semula SST,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan SST yang akan bermula 1 September ini.

Salah satu dari sepuluh janji HARAPAN dalam manifestonya menjanjikan agar GST yang dikatakan menyebabkan harga barangan meningkat akan digantikan dengan SST.

Langkah kerajaan memperkenalkan semula SST akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Ogos ini, selain menghapuskan GST yang diperkenalkan sejak 1 April 2015.

Zahid juga mengkritik pengenalan semula SST dengan menganggap ia hanya dilakukan oleh negara-negara mundur.

“Biarpun GST diletakkan pada kadar zero rated, tak ada harga barangan yang turun harga. Begitu juga harga petrol kata nak diturunkan, akhirnya harga petrol kena ikut harga pasaran.

“Saya fikir kalau tak boleh berjanji, jangan janji kalau tak ditepati. Itulah sifat kemunafikan yang saya sebutkan tadi. Dan hal inilah yg sedang dihadapi oleh rakyat ialah kesusahan,” katanya.

‘Manifesto ibarat baiah’

Sementara itu, Zahid mengingatkan bahawa manifesto pilihan raya “ibarat baiah” atau perjanjian yang harus ditunaikan oleh kerajaan.

Katanya, sekiranya kerajaan gagal melaksanakan janji manifesto itu, ia boleh dianggap sebagai munafik.

“Kita lihat apabila suatu akujanji itu dilaksanakan maka ia merupakan satu perjanjian baiah antara kerajaan dan rakyat dan apabila kita sebagai kerajaan tidak dapat menterjemahkan pelaksanaannya, ia harus diakui itu hanya janji-janji,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Zahid berkata demikian merujuk kepada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Umno itu turut berkata meskipun GST kini telah diletakkan pada kadar sifar namun harga barangan tetap tidak turun.

“Saya fikir kalau tak boleh berjanji jangan janji kalau tak boleh ditepati. Itulah sifat kemunafikan yang saya sebutkan tadi,” katanya.

Zahid bagaimanapun turut berkata pembangkang harus memberikan ruang secukupnya kepada kerajaan untuk melaksanakan janji manifesto yang telah dibuat.​​​​​​​ – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news