Keluarga Mangsa MH17 Masih Belum Terima Barangan Peribadi Dan Pampasan 0 3268

SEGAMAT – Bapa mangsa tragedi MH17 terkilan kerana belum menerima pelbagai barangan peribadi yang dijumpai di lokasi kejadian, selain pampasan penuh kepada waris.

Bapa kepada Hasni Hardi Parlan iaitu Parlan Mesiran, 65, berharap pihak berkaitan mempercepatkan pemulangan pelbagai barangan peribadi milik mangsa tragedi dan menyelesaikan pembayaran pampasan seperti dijanjikan sebelum ini.

Katanya, sebelum ini pihak MAS menunjukkan gambar beberapa barangan peribadi milik arwah termasuk pakaian, dokumen peribadi dan beg pakaian yang masih elok serta berjanji akan memulangkannya tetapi sehingga kini masih belum berbuat demikian.

Selain itu katanya, pihak berkaitan juga belum memberikan pampasan sewajarnya seperti dijanjikan dan berharap pihak kerajaan membantu mempercepatkan pampasan, selain memastikan proses pembayaran dibuat secara telus.

Beliau yang hairan tiada sambutan mengingati tragedi itu berkata, walaupun peristiwa itu sudah empat tahun berlalu, ia tetap akan diingati keluarganya.

“Tragedi itu berlaku selang sehari daripada tarikh ulang tahun kelahiran isteri dan sudah pasti kami akan mengingati tarikh ini. Sehingga kini, isteri juga akan melawat kubur arwah anak kami hampir setiap hari,” katanya.

MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki di kawasan bergolak di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia pada 17 Julai 2014.

Nahas itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Pada 28 September 2016, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang disertai Belanda, Malaysia, Belgium, Ukraine dan Australia membuat kesimpulan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu BUK yang dibawa dari Russia ke Ukraine. -BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news