Chong beri bayangan bertanding di kerusi lain PRN 2021 0 3243

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen memberi bayangan awal  kemungkinan tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa pada Pilihan Raya Negeri 2021.

Sebaliknya menurut penyandang kerusi Kota Sentosa tersebut, beliau berkemungkinan akan bertanding di kerusi DUN yang lain yang mana akan diputuskan oleh jawatankuasa DAP negeri menjelang pilihan raya nanti.

“Jentera DAP Sarawak membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri dan jika formula pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR)dan Parti Amanah Negara (Amanah) dipersetujui, DAP akan bertanding di 29 kerusi.

“Manakala PKR akan  bertanding di 40 buah kerusi dan Amanah akan bertandingdi 13 buah kerusi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini malam tadi.

Terdahulu Chong mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri pertama DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan pembentukan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Kesemua 29 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Batu Kitang, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Pakan, Bukit Asek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Katibas, Bukit Goram, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, Senadin, Bukit Kota dan Baleh.

Chong yang juga Pengerusi PH Sarawak dalam pada itu, berharap formula pembahagian kerusi ini akan dipersetujui oleh jawatankuasa PKR dan Amanah di peringkat negeri dan kebangsaan.

Katanya, pada PRN 2016 menyaksikan pertindihan kerusi antara DAP dan PKR di enam kerusi DUN Sarawak iaitu Mambong, Batu Kitang, Simanggang, Nyemah, Mulu dan Murum.

Manakala dua lagi kerusi iaitu Bukit Sari dan Bukit Kota yang sepatutnya ditandingi oleh PKR dan DAP dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding. Justeru, beliau berharap formula pembahagian kerusi ini akan diterima oleh PKR dan Amanah yang mana akan beliau usulkan pada mesyuarat bersama kedua-dua parti berkenaan nanti. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news