Lawatan Dr Mahathir langkah awal hubungan PH dan GPS – Penganalisis 0 3421

Ketibaan Dr Mahathir di Kuching memberi bayangan positif masa depan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan sendiri. – foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: : Ketibaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuching menandakan langkah awal hubungan baik Pakatan Harapan (PH) dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, ia sekali gus memberi bayangan positif masa depan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan sendiri.

Jelasnya, ia juga pendekatan mesra PH bersama Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg dalam konteks Dewan Rakyat.

“Saya jangka bahawa pertemuan hari ini walaupun sedikit sebanyak menyentuh pembangunan, tetapi saya percaya mereka juga akan menyentuh soal bagaimana hubungan jalinan GPS dan PH dan demi kebaikan rakyat serta negara pada keseluruhannya.

“Ia bagi memastikan hubungan integrasi dan juga makna di sebalik sistem persekutuan dan juga pembangunan yang hendak dilancarkan atau dilaksanakan akan dapat diteruskan untuk kepentingan rakyat di sini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Jeniri berkata demikian ketika mengulas ketibaan Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Kuching pada Sabtu untuk menghadiri beberapa majlis di sana

Mengulas isu sama, Pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menjelaskan, kehadiran Dr Mahathir adalah manifestasi hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk masuk ke Sarawak.

“Jadi ketika ini dalam hubungan Sabah dan Sarawak ini, perlu diperkukuhkan dalam apa sahaja keadaan politiknya. Ini penting, untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terbina.

“Pada masa sama wujudnya semak dan imbang ini sama ada di peringkat persekutuan atau Sarawak hendak pastikan integriti pembangunan ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi,” jelasnya.

Lawatan Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH adalah yang pertama di Sarawak selepas menjadi perdana menteri kali kedua susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news