Pusat beli-belah tertua di Kuching, Wisma Hopoh terbakar 0 3623

KUCHING: Wisma Hopoh di Jalan P Ramlee, di sini, yang juga antara pusat beli-belah tertua di Bandaraya Kuching, terbakar pagi tadi.

Kejadian jam 6.35 pagi itu disedari orang awam selepas melihat asap tebal keluar dari tingkat empat bangunan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 6.42 pagi.

Berikutan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dan Kuching dikejarkan ke lokasi.

Katanya, asap tebal dikesan keluar dari tingkat empat bangunan itu sebelum anggota masuk ke dalam premis untuk mencari punca api.

“Setakat ini, operasi pemadaman masih diteruskan untuk memastikan api padam sepenuhnya.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada mangsa terbabit ketika kebakaran kerana pusat beli-belah berkenaan belum memulakan operasi harian,” katanya di sini, hari ini.

Wisma Hopoh antara pusat beli-belah terawal di bandar ini yang menjadi tumpuan penduduk lebih 25 tahun lalu. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news