Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan yang memerintah iaitu Pakatan Harapan sekarang mempunyai suara lebih kuat di Parlimen berikutan ikrar sokongan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang baru dibentuk.
“Mereka bukan ahli HARAPAN tetapi telah menjanjikan sokongan mereka kepada kerajaan HARAPAN jadi sekarang kita mempunyai sokongan yang kuat di Parlimen.
“Malah Terengganu juga menyatakan sokongan kepada kerajaan HARAPAN,” katanya pada sidang akhbar di Tokyo, Jepun. Dr Mahathir adalah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari yang berakhir hari ini. – Malaysiakini