Kota Samarahan: Susulan aduan orang awan berkenaan sesetengah remaja berlumba diatas jambatan semalam, pihak polis telah bertindak dengan pantas apabila membuat rondaan dan menyerbu jambatan tersebut malam tadi.
Dalam serbuan itu pihak polis telah menahan beberapa individu yang sering membuat kegiatan haram bermotosikal dan membahayakan pengguna di Jambatan Batang Samarahan.
Menurut orang awam, diharap selepas ini pihak Polis sering membuat rondaan di jambatan tersebut bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku memandangkan beberapa aduan telah diterima oleh pengguna jalan raya yang melalui jambatan tersebut.