PM Tun Dr Mahathir hari ini telah mengumumkan bahawa BR1M tetap akan dilaksanakan. Namun ianya akan ditukar nama menjadi “Bantuan Sara Hidup”.
Untuk rekod pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012 oleh bekas PM DS Najib Razak. Dengan pemberian BR1M itu ia akan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia.
Ia adalah sebuah polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Peserta di bawah program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah akan turut menerima BR1M.