SUPP ingatkan Chong jangan cari alasan untuk tidak tunaikan janji kepada rakyat Sarawak 0 5524

KUCHING: Pakatan Harapan perlu menunaikan janjinya kepada rakyat Sarawak dan bukannya memberi alasan lemah, kata setiausaha publisiti Parti Rakyat Sarawak (SUPP), Adam Yii.

Menurutnya, waktu kempen menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu, PH negeri berjanji jika berjaya menubuhkan kerajaan, ia akan memastikan kemakmuran Sarawak dengan meningkatkan royalti minyak dan gas daripada 5 peratus ketika ini kepada 20 peratus dan memastikan disentralisasi kuasa.

“Chong beberapa kali mengulangi janji berkenaan secara terbuka melalui media dan video kempennya yang disebarkan secara meluas melalui media sosial dan telefon genggam,”

katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada Pengerusi PH negeri Chong Chieng Jen.

Justeru, tegas Adam adalah tidak masuk akal PH kini menyatakan bahawa tawaran dan janji berkenaan tidak akan diteruskan.

Katanya, apabila PH membuat janji berkenaan dengan rakyat, dan rakyat mengundinya untuk membentuk kerajaan, maka ia memadai untuk PH tidak memberi pelbagai alasan.

“Ramai rakyat Sarawak telah menonton video kempen Chong.
Adakah beliau pernah menyatakan tentang perjanjian Tawaran Baharu sebagai syarat untuk memenuhi janji? Langsung tidak ada,” katanya lagi.

Ujarnya, SUPP ingin mengingatkan segala janji PH sebelum PRU-14 melalui manifestonya ialah janji kepada rakyat Sarawak, dan bukannya kepada kerajaan Sarawak. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news