Mansuh GST mungkin ambil masa lebih 100 hari- Zeti 0 5657

Memansuhkan GST mungkin mengambil masa lebih lama daripada 100 hari yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan, kata bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz.

Walau bagaimanapun, beliau berkata Majlis Penasihat akan mendedahkan langkah dan tindakan yang diambil ke arah merealisasikan janji itu.

Langkah dan tindakan berkenaan, katanya, akan didedahkan dalam jangka masa 100 hari.

Menegaskan bahawa pemansuhan GST adalah muktamad dan keputusan itu tidak akan dikaji semula, Zeti berkata, isu sekarang adalah bagaimana ini akan dilakukan, termasuk menjadikan kadar GST sifar.

“Kami akan membuat pengumuman dalam masa 100 hari…orang ramai akan mengetahui apa yang akan dilakukan dan kaedah yang akan digunakan.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali berkata kita perlu mengikut undang-undang sedia ada, kita tidak akan menyimpang daripada mana-mana peraturan ini dan proses yang perlu dilalui untuk perubahan seumpama ini, katanya ketika ditemui pemberita di Bank Negara Malaysia, hari ini.

Beliau sebelum ini bertemu dengan 180 pengurus dana di Bank Negara.

Menurutnya, majlis penasihat pada masa ini sedang mengkaji kaedah menyeluruh untuk menambah kuasa beli rakyat berbanding pendekatan sedikit demi sedikit.

Zeti adalah antara lima anggota Majlis Penasihat yang dilantik oleh Dr Mahathir.

Kerajaan merancang memansuhkan GST – yang diperkenalkan sejak 1 April 2015 – dan kembali kepada sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Zeti juga menafikan pemansuhan itu akan menyebabkan rating untuk Malaysia merosot.

“Selagi kedudukan fiskal kita semakin baik, dan kita memang sedang usahakannya. Apabila ia bertambah baik, saya yakin kita akan mendapat rating yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata mengurangkan pembaziran dalam sektor awam dan meneliti semula keutamaan projek adalah antara kaedah untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara. – MK

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news