PETRA JAYA: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memperhalusi secara mendalam bagi mengenal pasti punca sebenar parti berkenaan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
BN Sarawak sekadar meraih 19 kerusi dengan kehilangan enam kerusi kepada pakatan pembangkang, termasuk tewas di dua kerusi masing-masing di Puncak Borneo dan Julau kepada calon BEBAS.
Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, dengan nada sedih berkata, walaupun berdepan tentangan sengit, namun BN masih mampu menguasai 19 kerusi, berbanding 25 kerusi diperoleh pada PRU-13.
“Kami mengakui cukup kecewa dengan keputusan PRU-14 kerana berkeyakinan kami mampu memperagakan keputusan lebih memberangsangkan.
βSama ada kalah atau menang, ini adalah proses demokrasi di negara ini. Bagaimanapun, BN Sarawak menunjukkan prestasi agak baik dan kita menang di 19 kerusi,β katanya sebelum meninggalkan perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama, di sini, hari ini.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri, berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajuinya hanya kalah satu kerusi sahaja iaitu di Puncak Borneo tetapi menang 13 kerusi yang disandang pada PRU-13.
βSaya tidak menolak kekalahan BN Sarawak berpunca daripada isu nasional hingga mengakibatkan BN hilang enam kerusi,β katanya.
Keseluruhannya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak merekodkan hanya 62 peratus (756,580 pengundi) dari 1,220,960 juta pemilih berdaftar di negeri ini keluar menunaikan hak memilih mereka sehingga pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang.
Pecahan kerusi dimenangi adalah BN menang di 19 kerusi BN; DAP menang enam kerusi dengan mengekalkan kesemua lima kerusi dimenanginya dan menambah satu kerusi di Mas Gading; PKR pula menambah bilangan kerusi kepada tiga di Puncak Borneo, Saratok,Selangau, selain Miri.
Dua calon BEBAS, Larry Sng dan Jugah Muyang, masing-masing di Julau dan Lubok Antu.