Isu jalan sempit di simpang Courts Mammoth, Matang selesai, Fadillah kini tumpu isu parit cetek di Jalan Malihah 0 5899

KUCHING: Isu jalan sempit di persimpangan Courts Mammoth, Jalan Matang selesai apabila Kerajaan Negeri memperuntukkan RM55 juta untuk melebarkan laluan tersebut.

Menteri Kerja Raya, yang juga calon Parlimen P194 Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata, perkara tersebut telah dibawa kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan beliau bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan jalan itu kepada empat lorong, untuk menangani isu kesesakan di kawasan Matang.

“Saya juga akan berbincang dengan pihak Jabatan Kerja Raya untuk membesarkan jalan dari simpang Malihah, seterusnya membina sistem perparitan di kiri dan kanan jalan.

“Ini kerana parit yang sedia ada sekarang tidak lagi dapat menampung jumlah air yang banyak, dan ia mendatangkan implikasi banjir setiap kali hujan lebat berlaku,” katanya ketika menghadiri Malam Budaya Bersama Pemimpin di Dewan Serbaguna Taman Malihah, di sini malam tadi.

Fadillah berkata, beliau akan membincangkan perkara ini terlebih dahulu dengan pihak yang berkaitan dan mengira kos yang diperlukan, sebelum memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyeru semua rakyat khususnya di Parlimen Petra Jaya untuk datang awal mengundi pada 9 Mei (esok) untuk mengelakkan perubahan cuaca.

“Pada sebelah petang, kita khuatiri berlakunya hujan yang boleh mengganggu proses pengundian.

“Dan jangan lupa untuk membawa kad pengenalan,” pesannya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news