BN menang PRU14 – Abang Johari 0 5543

KUCHING: “Kita yakin BN (Barisan Nasional) akan menang PRU14 ini,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengulas kenyataan beberapa pemerhati politik menjangkakan BN berdepan cabaran getir mengekalkan 133 kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas.

Abang Johari mengulang kenyataan “BN menang” itu, selepas berjumpa dan menyerah watikah kepada calon BN Sarawak untuk PRU14 di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Rabu.

Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata walaupun PRU14 turut dijangka sengit untuk BN di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, beliau yakin BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap menang.

Sementara, Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Alexander Nanta Linggi juga yakin BN menang sekurang-kurangnya 29 daripada 31 kerusi Parlimen pada PRU14 di Sarawak kali ini.

“Saya tidak melihat Putrajaya akan jatuh,” ujar Nanta yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan berkata BN Sarawak akan memberi yang terbaik kepada BN Pusat. –Sarawakvoice

 

Foto : Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news