SIMUNJAN : Siapa sangka daerah yang sedang menghadapi krisis bekalan air bersih ini mempunyai ceritanya tersendiri.Suatu ketika dahulu, aliran sungai Sadong seperti kawasan mainan sekelompok makhluk aneh yang jarang ditemui.
Penduduk kampung khususnya yang tinggal berhampiran kawasan sungai seperti kampung Lintang(sudah hilang akibat hakisan), Kampung Sageng, Sungei Ba, Lubok Punggor, Sungei Apin dan seumpamanya akan merasa teruja melihat kelibat spesis ini berenang-renang mencari makanan.
Penduduk kampung menggelarnya ‘Ikan Empesut’ atau nama sainstifiknya ‘Orcaella Brevirostris’ atau Irrawaddy Dolphin berbeza dengan masyarakat di Kalimantan, Indonesia yang mengenalinya dengan panggilan ‘Pesut’ sahaja.
Empesut merupakan sejenis ikan lumba-lumba air tawar dari spesis mamalia yang juga dikenali sebagai ikan lumba-lumba sungai.
Pesut merupakan haiwan yang dilindungi di bawah undang-undang Sarawak, dan mereka yang disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda RM25,000 ataupun dua tahun penjara.
Perbuatan menangkap spesis ikan tersebut akan dikenakan hukuman kerana spesis ini berada dalam ancaman kepupusan.
Di negara kita, spesis ikan Empesut hanya terdapat di negeri Sarawak dan Sabah sahaja iaitu di sungai batang Sadong, Santubong, Semantan, Bako, Muara, Tebas, Kabong, Rajang dan Igan malah terdapat laporan yang mengatakan ikan ini turut dilihat di kawasan Bintulu, Miri and Limbang.
Populasi spesis ikan ini semakin menjunam dan angka sebenar dikatakan tidak melebihi 100 ekor. Selain negeri Sarawak ikan ini juga boleh didapati di Australia, Bangladesh, Timur Leste, India, kalimantan, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Papua New Guinea, Filipina, Thailand, dan Vietnam.
Kebanyakan masyarakat tidak memakan Pesut kecuali sebahagian masyarakat pinggir sungai di Sarawak dan Kemboja.
Menurut kajian tahun 2007 oleh World Wildlife Fund(WWF), populasi Empesut semkain merosot dan hanya terdapat 38 ekor sahaja spesis ini di Kalimantan, Indonesia mengalami populasi paling teruk. Jika kajian populasi ini tepat maka tidak hairanlah kenapa sukar untuk kita melihat kelibat ikan ini kembali berenang di sungai Sadong, Simunjan.
Mengibau sekitar tahun 1980-an, ikan Empesut boleh dilihat berenang-renang di sungai Sadong mencari makanan. Ia sering kelihatan ketika air pasang dan kembali ke muara laut apabila air mula surut.
Menceritakan pengalaman sendiri ketika mandi di sungai berhampiran kampung Lintang dahalu memberi kenangan yang sukar untuk dilupakan.
Ikan Empesut boleh dilihat dengan mudah terutama ketika musim obor-obor sungai membiak dan populasinya cukup banyak. Ia juga boleh dilihat berenang-renang di sekitar gelombang perahu enjin nelayan kerana difahamkan ikan ini sangat malu dan takut kepada manusia.
Namun sehingga kini agak sukar melihat kelibat ikan Empesut di sungai ini lagi. Cuma sekitar mei 2013, saya berkesempatan melihat sejumlah 6 ekor ikan ini sedang berenang-renang di muara sungai ketika menunggu feri untuk menyeberangi sungai buloh ke bandaraya Kuching.
Pengamalan itu mengamit kembali kenangan ketika kampung kami masih wujud sebelum musnah akibat hakisan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.
Melalui bacaan saya spesis ikan ini masih boleh ditemui di tiga lokasi di dunia iaitu di Sungai Mahakam, Kalimantan, Sungai Mekong,Vietnam dan Sungai Irawady, Myanmar. Di Kalimantan ia turut mendiami wilayah Kecamatan Kota Bangun, Kutai Kartanegara dan Kalimantan Timur.
Pesut mempunyai kepala berbentuk bulat (seperti umbi) dengan kedua matanya yang kecil (mungkin merupakan adaptasi terhadap air yang berlumpur). Tubuh pesut berwarna abu-abu sampai wulung tua, lebih pucat dibagian bawah – tidak ada pola khas. Sirip punggung kecil dan membundar di belakang pertengahan punggung. Dahi tinggi dan membundar; tidak ada paruh. Sirip dada lebar membundar.
Ikan Empesut bergerak dalam kawanan kecil. Walaupun pandangannya tidak begitu tajam dan kenyataan bahwa pesut hidup dalam air yang mengandung lumpur, namun pesut merupakan ‘pakar’ dalam mendeteksi dan menghindari rintangan-rintangan. Barangkali mereka menggunakan ultrasonik untuk melakukan lokasi gema seperti yang dilakukan oleh kerabatnya di laut.
Menurut WWF, tiada maklumat fosil berkenaan spesis ini dicatat malah ia Cuma didideskripsikan oleh Sir Richard Owen sekitar tahun 1866 berdasarkan satu spesiemen yang ditemukan tahun 1852, di pelabuhan Vishakhapatnum di pantai timur India. Sebenarnya spesis ini sangat berkait rapat dengan paus pembunuh(killer Whales). Nama spesies brevirostris berasal dari bahasa Latin yang berarti berparuh pendek. Tahun 2005, analisa genetik menunjukkan bahawa lumba-lumba sirip pendek Australia merupakan spesies kedua dari genus Orcaella.
Hampir semua jenis ikan Empesut berwarna kelabu hingga biru tua, bahagian bawahnya berwarna lebih pucat. Berbanding dengan Empesut yang terdapat di daerah Simunjan yang kelihatan agak gelap kecokelatan. Menurut cerita mak saya sendiri, spesis ini dahulunya ditangkap oleh nelayan kampung bukan untuk dimakan sebaliknya ia menjadi sumber minyak yang digunakan secara tradisi untuk menyalakan pelita. Menurut cerita ibu saya, Jijah binti Geruan ketika saya masih kecil lagi, beliau menceritakan bahawa ikan ini tidak boleh dimakan kerana ia pernah membantu nelayan-nelayan yang karam di sungai Sadong dan menyelamatkan nelayan-nelayan berkenaan ke tepi pantai. Malah emak saya turut memberi tahu bahawa ikan ini juga pernah menyelamatkan mangsa perahu karam dari dibaham buaya.
Ikan Empesut ini dikatakan mirip ikan paus beluga, namun ia sebenarnya adalah spesis yang berkaitan dengan orka. Spesies ini mempunyai melon (jaringan berlemak dan berminyak di kepala). Pesut dewasa beratnya lebih dari 130 kg dan panjangnya 2,3 m psaat dewasa.
Sumber: Anak Ngah Duan
Kampung Lintang
94800 Simunjan