KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri mengaku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa banyak projek pembangunan di Sarawak.
“Saya bukan mengampu, tetapi saya berkata perkara benar,” ujar beliau sambil membandingkan jasa Najib dengan mantan perdana menteri terdahulu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abang Johari berkata, kerjasama baik dengan Najib yang juga Pengerusi BN Pusat itu setakat ini memudahkan pelaksanaan semua projek di Sarawak.
Berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen P.194 Petra Jaya di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, justeru menurut Abang Johari BN Sarawak akan memberi kemenangan besar kepada BN keseluruhannya.
BN Sarawak menurut Abang Johari mahu Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU14 nanti.
Abang Johari mengimbau bagaimana Sarawak menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) lepas, dan sedia memberi minimum 28 daripada 31 kerusi Parlimen kepada BN Pusat pada PRU14 nanti.
Abang Johari menyifatkan penentangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN Sarawak terhadap Mahathir yang berada di blok pembangkang bukan bersifat kepentingan peribadi, melainkan berdasarkan kepentingan rakyat dan negeri ini. –Sarawakvoice
Foto : Friends KLXpress Sarawak