Seorang penumpang mati dalam perut pesawat ketika dalam penerbangan KL-Kuching hari ini 0 5583

KUCHING: Penumpang sebuah pesawat komersial dari sektor Kuala Lumpur ke Kuching pagi tadi gempar apabila salah seorang daripada penumpangnya menemui ajal ketika pesawat dalam perjalanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Abang Junaidi Abang Annuar ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden berkenaan sekitar jam 12.03 tengah hari tadi menerusi pemakluman Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

“Berdasarkan laporan penyelia penerbangan kemudiannya, mangsa yang dikenal pasti sebagai Wong Ho Huah, 46 tahun dari Taman Green Height, Sri Aman dipercayai meninggal dunia sekitar jam 11.10 pagi tadi ketika pesawat meluncur di udara.

“Siasatan awal kita mendapati tiada sebarang unsur jenayah, sebaliknya mangsa mati kerana ‘kanser darah’, yang dialaminya sejak dua tahun lalu.

“Turut berada di sebelah mangsa sepanjang penerbangan ialah abang kandungnya,” katanya lagi.

Mayat mangsa kemudian diturunkan dari pesawat sebelum
dibawa terus ke Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news