51 hantu dadah termasuk wanita dicekup dalam operasi khas Siasatan Jenayah Narkotik di Kuching 0 5946

KUCHING: Seramai 51 hantu dadah, termasuk seorang wanita dicekup dalam ‘operasi khas’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri selama empat hari bermula 20 Mac lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, kesemua tangkapan itu adalah berkait dengan 36 kes, hasil pelbagai serbuan sepanjang operasi berlangsung.

“Antara lokasi serbuan termasuklah Jalan Astana, Jalan Masja, Jalan Syn Syn, Jalan Parit Lama, Tupong, Sungei Bedil, Taman Mawar dan Kampung Haji Baki.

“Turut diserbu, lokasi atau port dadah di Batu Kitang dan Matang Lot.

Katanya, operasi tersebut bukan sahaja bertujuan membanteras aktiviti dadah malah mengenal pasti pengedar-pengedar, serta rangkaian risikan di kawasan sasaran.

Gambar hiasan

“Seramai dua pegawai dan 11 anggota daripada IPK Sarawak, dua pegawai dan 10 anggota IPD Kuching serta seorang pegawai dan lapan anggota IPD Padawan terlibat dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 39 kes telah direkodkan, dengan dua kes dan sembilan tangkapan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala enam kes serta 11 tangkapan lagi dilakukan di bawah Seksyen12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, satu kes dan dua tangkapan lagi direkodkan di bawah Seksyen 6 akta yang sama, 25 kes dan 25 tangkapan (Seksyen 15(1)(a)); 2 kes 4 tangkapan (Seksyen 30(3) Akta Racun) dan 10 kes kerana melakukan gangguan tugas penjawat awam.

Kata Sahar lagi, sepanjang operasi tersebut, pihaknya berjaya merampas 17.10 gram syabu; 0.5 gram ganja dan 153 biji pil Nospan. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news