MIRI: Seramai 15 sekeluarga terselamat setelah rumah mereka musnah dijilat api dalam tragedi kebakaran di Riam Jaya, dekat sini malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 7.43 malam dan sebuah jentera FRT dan ambulans EMRS diatur gerak ke lokasi bersama-sama sebuah prime mover water tanker serta 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang musnah seratus-peratus.
“Selain rumah bersaiz 40kaki x 40kaki itu, turut musnah sebuah kereta Proton Saga dan sebuah motosikal Modenas jenis Jaguh.
Pihak bomba jelasnya, berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 8.30 malam dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 9.23 malam.
“Tiada kemalangan jiwa berlaku dilaporkan.
“Punca kebakaran kini masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice