Petronas perlu mendapatkan lesen, permit dan pajakan cari gali minyak dari Sarawak bermula Julai depan – Hasidah 0 5739

KUCHING: Syarikat petroleum negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) perlu mendapatkan lesen, permit, pajakan atau kebenaran sepertimana syarikat cari gali minyak lain di negeri ini bermula Julai ini.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Pusat-Negeri dan Pemantauan Projek Sarawak, Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali berkata, peruntukan tersebut termaktub dalam Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1954 dan Petronas tidak terkecuali.

“Malah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan perkara ini dengan jelas sewaktu pelancaran Petroleum Sarawak Berhad (Petros) serta beberapa majlis tertutup lain.

“Justeru tidak timbul soal ‘pertindihan kuasa perundangan’ di antara ordinan negeri dan akta persekutuan berkait isu pemilikan sumber asli minyak dan gas di Sarawak,” katanya ketika dihubungi sarawakvoice.com hari ini .

Menurutnya, tafsiran sesetengah pihak bahawa Ordinan Pelombongan Minyak 1958 mengatasi Akta Pembangunan Petroleum 1974 sebenarnya ‘tidak lagi timbul’.

 

“Segala-galanya telah jelas, dan seperti kata Ketua Menteri, pengembalian hak ini sudah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara terbuka.

Katanya, lesen, permit, pajakan dan kebenaran yang dikehendaki oleh Ordinan Perlombongan Minyak 1958 atau Ordinan Pengedaran Gas 2016 adalah berkaitan kawalan peraturan dalam soal carian, edaran dan sebagainya minyak dan gas di Sarawak.

“Justeru ia membawa maksud kita telah ‘memiliknegerikan’ kembali hak kita yang selama ini terselindung.

Hasidah berkata, Sarawak akan meneruskan usaha rundingan ‘Penurunan Kuasa’ dengan Kerajaan Pusat memandangkan masih banyak isu yang belum diselesaikan.

“Tidak semua perkara dapat kita capai sekali gus dalam masa yang sesingkat ini.

“Tetapi kita berada pada landasan yang betul dan rundingan akan berlaku secara berperingkat.

“Yang penting kita mahu kejayaan yang besar dan mendatangkan impak,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news