Sarawak kini nikmati sendiri hasil minyak dan gas, hak yang terabai sekian lama – Abang Jo 0 5842

KUCHING: Sarawak akan mengeksploitasi sendiri sumber semulajadinya terutamanya minyak dan gas, sejajar dengan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk mengembalikan hak negeri ini yang selama ini terhakis tanpa sengaja.

 Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, persetujuan itu adalah mengikut perlembagaan di bawah Senarai Negeri seperti yang terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

 “Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengembalikan hak ini kepada Negeri. “Dan buktinya, pembentukan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan pelaksanaan hak perlembagaan ini adalah hasil perbincangan mengenai devolusi kuasa yang berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

 “Justeru itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas persetujuan ini,” katanya ketika berucap melancarkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) di Hotel Pullman di sini malam tadi.

Petros yang ditubuhkan tahun lalu itu turut diberi lesen untuk beroperasi, selari kepada kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri.

Hadir sama Pengerusi Petros, Tan Sri Hamid Bugo dan lima Lembaga Pengarahnya, Datu Ir Zuraimi Sabki, Sharbini Suhaili, Datin Josephine Hilary Dom, Heng Hock Cheng dsn Dato Mohamad Medan Abdullah..

Beliau turut mengumumkan pelantikan Saau Kakok, yang memiliki 40 tahun pengalaman dalam sektor minyak dan gas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Petros.

Abang Johari menambah, dengan sokongan berterusan rakyat untuk Barisan Nasional, beliau yakin lebih banyak kemajuan akan dilakukan untuk memenuhi aspirasi rakyat Sarawak.

 Sarawak katanya, selepas ini akan memperoleh status negeri maju selari dengan Semenanjung Malaysia dan akan menikmati lebih banyak pendapatan daripada minyak, gas dan sumber mineral lain. “Ini akan membantu untuk membiayai agenda pembangunan Kerajaan Negeri dan inisiatif Ekonomi Digital,” katanya lagi. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news