KUCHING: Polis kini memburu seorang lelaki, yang bertindak melarikan sebuah ambulans dari Hospital Umum Sarawak sebentar tadi.
Lelaki berusia 36 tahun dari Kampung Siol Kandis, dimasukkan ke Zon Kuning semalam, dan telah memberitahu anggota keluarganya, bahawa dia mahu pergi ke Serian.
Ambulans yang dilarikan itu milik Pusat Rawatan Puteri KPJ, yang berada di Hospital Umum Sarawak kerana menghantar pesakit sekitar jam 12.50 tengah hari tadi.
Kurang sejam kemudian, ambulans tersebut dikesan tersadai di tepi jalan berhadapan Wisma Saberkas.
Suspek disyaki melarikan diri ke dalam pusat beli belah tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Abang Junaidi Abang Annuar mengesahkan kejadian.
Suspek yang kembali ke Hospital Umum Sarawak dengan berjalan kaki setelah meninggalkan ambulans terbabit kemudian dicekup.
Polis katanya, percaya suspek mengalami masalah mental. –Sarawakvoice