Kaki sabung, kaki holo antara 91 kaki judi disumbat lokap minggu lalu oleh Polis Sarawak 0 7340

KUCHING: Keseronokan sekumpulan ‘kaki sabung ayam’ bertaruh di kawasan pinggir hutan di Sebuyau bertukar ‘mimpi ngeri’ apabila kesemua mereka dicekup sepasukan anggota siasatan jenayah negeri pada petang semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, sebanyak 21 kaki sabung yang berusia antara 24 hingga 70 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 4 petang itu, yang diketuai Asisten Superintendan Rudy Garit.

“Turut dirampas dua ekor ayam sabung hidup dan dua ekor bangkai ayam, selain pelbagai peralatan pertaruhan lain.

“Serbuan yang sama turut dilakukan di gelanggang sabung ayam di Miri dan Kota Samarahan yang membawa kepada penahanan sembilan kaki sabung lain.

Dev berkata, sepanjang 12 Februari hingga semalam, termasuk ketika sambutan Tahun Baharu Cina, Polis Sarawak secara proaktif melakukan 33 serbuan berjaya, yang menghasilkan 91 tangkapan.

“Sebanyak 18 serbuan adalah berkait jualan 4D haram, lima serbuan judi siber, tiga serbuan di pusat judi, empat di tempat awam dan tiga aktiviti sabung ayam.

Daripada jumlah itu katanya, serbuan sabung ayam di atas dikendalikan oleh pasukan ibu pejabat kontijen manakala tujuh serbuan lain oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan tujuh oleh IPD Miri.

“Tiga serbuan dilakukan oleh IPD Bintulu manakala masing-masing dua serbuan oleh IPD Sibu, Padawan, Bau, Simunjan dan Sarikei.

“Satu serbuan masing-masing pula dilaksanakan oleh IPD Kota Samarahan, Betong, Serian, Dalat dan Sri Aman.

Jelasnya lagi, anak-anak buahnya turut melaksanakan lima serbuan di kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi yang menawarkan khidmat tambah nilai judi atas talian.

“Serbuan di Kuching, Bintulu, Sri Aman dan Betong itu menghasilkan sembilan tangkapan terhadap pembekal perkhidmatan, serta penyitaan sembilan telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM534.

Sebanyak 18 serbuan pula dilakukan di kaunter jualan 4D haram di tujuh daerah.

“Ia menghasilkan 18 tangkapan dan rampasan tunai berjumlah RM7,442 selain telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

Dua serbuan lain kata Dev, di dua pusat judi di Miri dan Sarikei, membawa kepada penahanan 11 individu yang berjudi holo.

“Kita turut merampas pelbagai peralatan judi selain wang tunai berjumlah RM2,074.

Tiga serbuan lain pula dilakukan di tempat awam di Sibu, Serian dan Bau, juga melibatkan judi holo.

“Seramai 23 individu dicekup di sini dan wang tunai berjumlah RM3,940 dirampas selain peralatan judi.

Daripada 91 tangkapan kata Dev, 80 merupakan lelaki dan kesemua suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 70 tahun, termasuk empat warga asing.

Kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan 1952. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news