Rakyat Sarawak pilih BN atau Pakatan Harapan dalam PRU-14 0 5800

Sarawak yang mengadakan pilihan raya negeri pada 2016, hanya mengadakan pemilihan untuk kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 Justeru, pilihan raya ini tidak memberi sebarang kesan terhadap kedudukan kerajaan negeri.

Sebaliknya, Sarawak yang disifatkan sebagai simpanan tetap bersama-sama dengan negeri jirannya, Sabah bakal menentukan nasib Barisan Nasional (BN) sama ada dapat terus berada di Putrajaya atau tidak selepas ini.

Terdapat 31 kerusi Parlimen untuk ditandingi di Sarawak. Dalam pilihan raya ke-13, Barisan Nasional  (BN) mengemukakan 31 calon, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 15, Parti Tindakan Demokratik (DAP) 11, Parti Reformasi negeri (STAR) tujuh, Sarawak Workers Party (SWP) enam, PAS lima dan Bebas tujuh orang calon.

Pilihan raya itu yang diadakan sekitar dua tahun selepas pilihan raya negeri Sarawak ke-10, menyaksikan pertandingan empat penjuru di tiga kawasan, pertandingan tiga penjuru di 14 kawasan, dan 14 kawasan lagi menyaksikan pertandingan satu lawan satu. Bagaimana pula keadaannya dalam PRU-14 nanti?

BN negeri yang mengemukakan tujuh muka baharu pada PRU lalu tidak menghadapi masalah dari segi pemilihan calon kecuali di Saratok dan Hulu Rajang.    SUPP ketika itu berdepan dengan masalah pertelagahan antara dua puak, iaitu antara puak Presiden  Peter Chin dengan puak Wong Soon Koh.

Hakikat bahawa semua kerusi ditandingi sekali lagi, seperti yang berlaku pada PRU lalu bukanlah sesuatu yang di luar dugaan menyedari bahawa parti komponen Pakatan harapan iaitu DAP, PKR dan Amanah sudah berjaya menjalin kerjasama yang baik berbanding dengan sebelumnya.  Pada PRU lalu, SWP  dan STAR bertanding atas platform masing-masing.  

Pada PRU-12, lima kerusi dimenangi tanpa bertanding, iaitu Tanjong Manis, Igan, Kanawit, Selangau dan Kapit. Jumlah kerusi paling banyak dimenangi tanpa bertanding berlaku pada 1995 apabila sembilan orang calon menang pada hari penamaan calon. Jangan mengimpikan ada kerusi menang tanpa ditandingi pada PRU akan datang.

Dalam tempoh kempen, parti dan calon yang bertanding menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan.

Selain menggunakan strategi dan pendekatan konvensional dengan mengadakan majlis perjumpaan rakyat dan ceramah serta bersemuka dengan pengundi dengan pergi dari rumah ke rumah, mereka juga menggunakan pelbagai bahan kempen seperti kain rentang, poster, papan iklan dan kenyataan akhbar.

Bagi BN, calonnya mendapat liputan yang lebih daripada media arus perdana dan media tempatan yang dikaitkan dengan parti pemerintah. Radio dan televisyen akan turut membantu kempen BN apatah lagi di kawasan luar bandar, televisyen dan radio banyak ditonton dan didengar oleh pengundi.

Seperti biasa, BN dijangka menggunakan hujah tentang keupayaannya untuk membawa pembangunan dan ketiadakupayaan pembangkang membawa pembangunan.

Sewaktu berkempen dan ketika berceramah, calon dan pemimpin BN, yang turut dibantu oleh pemimpin pusat, termasuk Perdana Menteri, pasti akan berjanji untuk menyalurkan lebih banyak projek pembangunan jika memenangi pilihan raya itu. BN  tentu akan mengingatkan rakyat agar  perlu berwaspada dengan janji Pakatan Harapan.

Sebaliknya, pembangkang dijangka mengeksploitasikan pelbagai isu termasuk isu kemiskinan, 1MDB, kurangnya pembangunan, isu tanah NCR, GST, kos sara hidup dan beberapa lagi.

Dalam PRU-13, BN meraih 59 peratus undi popular di Sarawak, sementara Pakatan Rakyat 37 peratus. Pakatan mengukuhkan prestasinya berbanding 2008 apabila hanya meraih 29 peratus undi popular ketika BN mencatat 59 peratus undi popular. SWP sekadar mencatat 1.9 peratus undi popular.   Pakatan Rakyat (PR) yang memasang impian untuk memenangi 16 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak terpaksa berpuas hati apabila sekadar meraih enam kerusi.  

Semua kerusi itu, seperti dijangka ialah kerusi majoriti pengundi Cina. Mereka masih gagal menembusi kerusi separa bandar dan luar bandar Sarawak, sekali gus membuktikan bahawa pengundi bumiputera masih lagi merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Antara perubahan dan kesinambungan, pengundi Sarawak memilih untuk mengekalkan BN. Pelan Transformasi Kerajaan yang dibawa oleh Perdana Menteri dan politik pembangunan menjadi senjata ampuh BN.

Usaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk menembusi kawasan separa bandar dan luar bandar tidak berjaya. Calonnya di Mukah, Mas Gading, Serian, Kapit,dan Bintulu ditolak oleh pengundi. Fenomena yang sama dijangka akan berlaku pada PRU-14.

Adakah Pakatan Harapan dengan tawaran baharu seperti yang diumumkan baru-baru ini, akan berjaya menambat pengundi di Sarawak? Hakikatnya, sukar untuk Pakatan Harapan menambah kerusi, sebaliknya mereka berisiko kehilangan satu atau dua kerusi yang dimenangi pada PRU-13. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15389

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news